Latar Belakang
  • YELL adalah program kerjasama antara ALAM, UNDP & UNICEF, berdasarkan objektif bersama untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar, melahirkan pejuang alam sekitar dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
  • Secara keseluruhannya, YELL dilaksanakan untuk mencapai golongan belia di seluruh negara, termasuk di institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta belia yang tidak berdaftar di mana-mana institusi pengajian tinggi.
  • YELL menyasarkan sekurang-kurangnya 1 juta belia dan ahli komuniti melalui penglibatan langsung lebih 4,000 peserta daripada lebih 100 organisasi termasuk 10 institusi pengajian tinggi.
  • Pelaksanaan YELL di Malaysia akan memperkukuh ekosistem kepimpinan alam sekitar belia dari kalangan belia melalui penyetempatan naratif alam sekitar dan perubahan iklim; melalui pembinaan kapasiti untuk advokasi berasaskan bukti serta peluang pendedahan kerja dan pembangunan kemahiran.
Impak
  • Melahirkan pejuang kelestarian daripada kalangan belia bagi mencapai kesan yang berpanjangan, seterusnnya mewujudkan kumpulan penyokong yang menuntut usaha kelestarian alam sekitar yang lebih kuat daripada penggubal undang-undang dan penggubal dasar.
  • Program ini juga berfungsi sebagai peluang untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar, dengan sokongan rakan kerjasama ALAM.
Rakan KerjasamaUNDP & UNICEF
Kumpulan sasaranBelia
Penjajaran SDGMatlamat 4,11,12,13,14,15 & 17
Garis Masa36 Bulan + Pelancaran Kebangsaan