4 Teras Utama ALAM
ALAM menyatukan rakyat Malaysia melalui gaya hidup yang selamat dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Strategi menyeluruh kami berteraskan empat tunjang utama, yang menjadi panduan dalam setiap langkah ALAM.
Pendidikan

Mendalami jiwa bumi kita memerlukan ilmu dan keazaman. Sebagai organisasi yang memupuk kesedaran tentang alam sekitar dan kelestarian, ALAM berazam untuk mendidik rakyat Malaysia supaya lebih peka dalam menangani isu alam sekitar yang dihadapi dalam kehidupan harian dan pekerjaan, sambil meneroka cara untuk mencapai perubahan demi masa depan yang lebih lestari.
Tadbir urus

Di Malaysia, ALAM berperanan aktif dengan sokongan daripada badan- badan kerajaan, penggubal dasar, dan pihak berkepentingan lain. ALAM komited untuk memacu penyelesaian berkesan dalam menangani isu-isu alam sekitar dan kelestarian. Selain itu, ALAM turut menggalakkan penggubalan dasar dalam usaha meningkatkan kebertanggungjawaban, menyokong pendedahan maklumat berkaitan alam sekitar, dan memelihara kepentingan kemanusiaan.
Kerjasama

Melalui pelbagai kerjasama, ALAM menyokong warga Malaysia dalam melaksanakan strategi inovatif yang dapat diterapkan secara meluas, bagi menjayakan program alam sekitar dan kelestarian yang memberikan impak bermakna. Bagi ALAM, kerjasama adalah asas utama untuk membuka pintu kepada jalan penyelesaian yang berkesan.
Menghubungkan

Menangani isu alam sekitar dan kelestarian dalam dekad akan datang merupakan tugas yang mencabar dan memerlukan pendekatan menyeluruh negara yang digerakkan di peringkat kebangsaan. ALAM berperanan menghubungkan rakan kerjasama, komuniti, penaja, badan-badan kerajaan dan swasta serta memudahkan kerjasama untuk mencapai impak yang lebih besar bersama-sama.