Fokus Kami
Geran – Kajian, Pendidikan, Pemeliharaan & Pemuliharaan
Sinar ALAM (Inisiatif Baharu)
Sinar ALAM merupakan platform geran dan pembiayaan awam yang dilancarkan pada tahun 2025 bertujuan untuk memperkukuh tadbir urus alam sekitar, menggerakkan pembiayaan mampan dan memperluaskan pelaksanaan inisiatif alam sekitar berimpak tinggi melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan.
Platform ini menyediakan mekanisma yang telus dan berakauntabiliti dalam mengurus sumbangan daripada rakan korporat, penderma, yayasan dan pemegang taruh strategik bagi menyokong pendidikan alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti, tindakan iklim, pemulihan serta program kelestarian berasaskan komuniti.
Sehingga kini, ALAM telah memberikan dua geran Sinar ALAM yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan marin, termasuk perlindungan ekosistem bakau serta biodiversiti daratan dan marin secara menyeluruh. Inisiatif ini menyumbang kepada pemeliharaan ekosistem kritikal dalam kawasan Segitiga Terumbu Karang serta menyokong usaha pemuliharaan terumbu karang dan perlindungan alam sekitar.
Melalui Sinar ALAM, ALAM memacu pendekatan pembiayaan campuran, menarik penyertaan pembiayaan mampan, dan memperluas sokongan kepada inisiatif alam sekitar peringkat akar umbi yang selaras dengan keutamaan nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).