Kerjasama ALAM

ALAM sentiasa bersedia untuk sebarang kerjasama atau perkongsian. Berikut adalah cara-cara kita boleh bekerjasama:

Komuniti, Sektor Awam dan Swasta

Kami menjemput anda untuk bekerjasama dengan ALAM dalam memacu inisiatif alam sekitar dan kelestarian yang bermakna, serta memberi impak berkekalan kepada komuniti dan planet. Dengan berkolaborasi bersama kami, anda boleh menyumbangkan kepakaran, sumber, atau sokongan anda kepada program yang memberi tumpuan kepada tindakan iklim, pemuliharaan, pendidikan, dan pembangunan lestari.

Bersama-sama, kita boleh mengubah idea menjadi tindakan, menginspirasi perubahan dan memperkasakan komuniti untuk bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Untuk meneroka peluang kerjasama, menyokong melalui program kesedaran, bimbingan atau peluang-peluang lain, sila emelkan kepada kami di ALAM@bpmb.com.my

Sokong Usaha Kami

Sebagai sebuah organisasi yang diluluskan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, semua sumbangan tunai kepada ALAM layak untuk potongan cukai bagi penderma yang mempunyai pendapatan bercukai di Malaysia, termasuk warganegara, penduduk, dan bukan penduduk. Mengikut garis panduan LHDN, penderma dikehendaki menyediakan nama penuh (seperti dalam NRIC/pasport), nombor kad pengenalan dan alamat surat-menyurat lengkap untuk layak menerima resit pengecualian cukai.

Sumbangan dalam apa jua jumlah dialu-alukan; minimum RM10 diperlukan untuk menuntut pengecualian cukai dan sumbangan sebanyak RM20,000 atau lebih dalam satu resit akan dilaporkan kepada LHDN.

Jika anda berminat untuk menyokong ALAM melalui sumbangan, sila emelkan kepada kami di donation.alam@bpmb.com.my.

Rakan Kerjasama Kami:

  • UNDP_logo
  • UNICEF-logo
  • perbadanantamannegeriperak-logo
  • kelabbeliaprihatin-logo
  • greengrowth-logo
  • WWF_logo